Tuesday, 19 November 2013

Bot Pukat Jerut Di Kuala Kedah

Ha petang ni aku nak menceritakan tentang sejarah Bot pukat jerut yang terkenal di Kuala Kedah suatu masa dahulu..aku pon copy paste ja cerita ni dari blog anak jati Kuala Kedah..hehehe..so sama2 kita baca ok..

Bot Pukat Jerut Kuala Kedah Selepas Perang Dunia Kedua

Aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat jerut merupakan satu pekerjaan yang utama di Kuala Kedah. Menurut cerita, di antara tekong (orang Kuala Kedah menyebut sebagai 'angkong') bot pukat jerut yang terkenal di Kuala Kedah pada zaman selepas perang ialah Tok Mat Majid, Tuan Haji Endut dan Tok Mat Abas.

Tok Mat Majid ialah bapa kepada Haji Man Kutu manakala Tuan Hj. Endut adalah mertua kepada Tuan Guru Hj.Ismail Ibrahim, seorang guru agama dan tokoh penting di Kuala Kedah pada waktu dulu. Pengkalan (pelantar) bot kedua-dua tekong ini terletak di Kadap iaitu di kawasan Kompleks LKIM Kuala Kedah sekarang. Tok Mat Majid adalah tekong kepada bot puakat jerut KF 29 yang dikenali sebagai 'Darulaman' manakala Tuan Hj.Endut menjadi tekong bot KF 75 yang didaftarkan dengan nama 'Peladang'.


Mengikut cerita, bot Darulaman (KF 29) mempunyai kelainan daripada bot jerut lain iaitu kedudukan tempat jurumudi dan rumah enjin yang terletak berasingan dimana jurumudi bagi bot ini terletak di bahagian hadapan (haluan) bot. Hai ini berlaku kerana bot Darulaman pada asalnya adalah bot kargo barangan dari Pulau Pinang.


Pada era pertengahan tahun 50-an muncul tekong-tekong bot seperti Pak Haji Hassan Dunia, Mat Zain Tok Pin dan Pak Chin Mepan. Pada era tahun 60-an pula apabila industri pukat jerut menjadi semakin berkembang maka lahir pula tekong-tekong sepert Haji Man Kutu, Haji Mat Jenin (Ahmad Hassan), Khamis Bakar, Mat Amin, Haji Mat Kaboi, Long Adam (Kampong Baru) Cik Ani (Orang Terengganu) Bang Ya Hj. Ali (Kampong Baru) dan Hj Mad Din Tonteng (Kampong Ulu). Hj Mad Din Tonteng (bapa kepada Haji Dollah dan Cik Amat Lentok) dikatakan mempunyai dua buah bot pukat jerut yang diberi nama "YUSRA " dan "LOMBA".


Selain daripada mereka di atas, tekong bot yang agak terkenal di Kuala Kedah pada era 60-an dan 70-an ialah Haji Ani Congo, Ibrahim Mad Din ( Brahim Pak Kedap), Mud Awang Jaafar, Hj Taib Pak Napi, Pak Mid Pala dan Mat Zin Tok Pin (bapa Cikgu Mud).

Pengkalan atau pelantar bagi bot jerut biasanya terdapat di sepanjang Sungai Kedah iaitu dari 'Kadap' hinggalah ke Kampung Ulu. Dalam sesebuah bot terdapat pelbagai jawatan/hiraki yang wujud iaitu Tekong (nakhoda), tekong No.2 (penolong tekong), engineer dan awak-awak. Bagi industri bot jerut, sistem gaji kepada 'awak-awak' bot adalah berdasarkan gaji harian atau lebih dikenali sebagai 'duit petik'. Duit petik bagi seorang awak-awak pada zaman 60-an dan 70-an dulu adalah sekitar RM 1.50 seorang. Istilah 'duit lauk' pula merujuk kepada imbuhan yang diterima oleh mereka hasil jualan ikan yang ditangkap biasanya sebanyak satu bakul atau dua bakul diberikan oleh taukeh bot sebagai habuan penat lelah. Hasil jualan 'duit lauk' akan di'bedak' (agih) dikalangan awak-awak tersebut.

Pekerjaan sebagai nelayan khususnya awak-awak merupakan pekerjaan utama bagi penduduk Kuala Kedah pada masa itu. Hanya terdapat beberapa orang anak tempatan Kuala Kedah saja yang bekerja makan gaji seperti Cikgu Omar Ahmad, Cikgu Non (Othman Hanafiah), Cikgu Khalid Tok Mat Ketam Besi, Cikgu Mud, Cikgu Non Cha, Cikgu Ani Bakar Alor, Cikgu Ramli Tok Haji Ibrahim, Pak Mat Gula (Tukang Kebun sekolah Seberang Nyonya), Mat Taib Haji Chan Dunia (Pengurus Estet Boustedt) serta beberapa orang lagi.


Di sebalik industri perikanan yang tumbuh dengan pesat di Kuala Kedah pada sekitar tahun 50-an hingga 70-an, lahir pula sumber pendapatan sampingan bagi masyarakat Kuala Kedah iaitu industri membuat bot nelayan. Di antara tukang (pembuat) bot di Kuala Kedah yang paling popular sejak zaman sebelum Jepun hingga ke akhir tahun 60 an ialah Tok Hanafiah bin Abbas. Tok Hanafiah (Napiah) berasal daripada Perlis dan menetap di Kampong Madrasah Hj.Ismail (belakang sekolah Seberang Nyonya). Beliau merupakan tukang bot bagi kebanyakan bot pukat jerut yang beroperasi di Kuala Kedah pada zaman itu. Kecuali bot pukat jerut 'Darulaman' dan 'Peladang' yang dibeli oleh taukeh Cina dari Pulau Pinang, bot-bot jerut selepas itu semuanya dibina oleh Tok Napiah dengan dibantu oleh anak serta anak saudaranya iaitu Ahmad, Ghani dan Mat Zain. Saya masih ingat, berhampiran rumah Tok Napiah terdapat sebuah bangsal yang menempatkan bengkel, mesin pemotong kayu dan bot-bot besar dan kecil yang masih dalam pembinaan.

Pada awal tahun 60an, sebuah bot jerut yang siap dibina oleh arwah Tok Hanafiah bin Abbas dibawa ke Sungai Kedah melalui Alor Tok Pasai dengan ditolak beramai-ramai (guna pelapik kayu nibung) melalui jalan kecil di tepi Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah. Kemasyhuran beliau sebagai tukang bot di Kuala Kedah juga menarik perhatian orang luar pada awal Tahun 60-an apabila seorang warga Australia datang meminta Tok Hanafiah bin Abbas membuat sebuah bot laju untuknya dengan tempoh diberi dua tiga hari saja. Permintaan warga Australia itu bagaimana pun ditolak oleh Tok Hanafiah kerana kesuntukan masa selain pada masa tersebut beliau sedang menyiapkan beberapa buah bot pukat hanyut dan pukat senyoh yang ditempah terlebih dahulu oleh penduduk tempatan. Selain daripada berbakat didalam membina bot nelayan, beliau juga mahir didalam membina rumah terutama rumah kampung. Tetapi agak mendukacitakan juga apabila perusahaan membina bot nelayan yang dirintis oleh beliau tidak diwarisi selepas kematiannya pada tahun 1969 disebabkan anak-anak beliau menceburi bidang tugas yang lain.

Sekian la noh cerita serba sedikit tentang sejarah bot pukat jerut..hehehe...semoga industri perikanan di Kuala Kedah akan lebih maju..aku pon lahir dalam family nelayan..so memang kena la penceritaan aku hari ni..kihkihkih,,sekian...... 





Monday, 18 November 2013

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK (cekedi)

Salam semua..Hari ini aku nak ceritakan tentang makanan yang aku dan kanak-kanak yang lain suka zaman kanak-kanak dulu...heeeeee..ingat lagi tak dengan biskut ni??sedap kan??


aku pon tak pasti nama biskut ni..yang pasti dia ada dalam tin besar yang berkaca..hehehe..ha lihat dekat bawah..tin sekarang ni elok la sikit..da di upgrade katakan..hehe..hari2 p kedai runcit biasa ja..makan biskut2 dalam tin 2..beli 5 kupang (50 sen)..makan ngan adek2..tapi aku xkan kongsikan apa yang aku makan dengan adek bongsu aku..sebab dia kedekut..dia selalu makan sorang2..so aku balas balik..dia mesti qeyau bila dipulaukan oleh aku dan sorang lagi adek aku..hehehe.kakak yang jahat..tapi 2 dulu la kan sekarang da matang :P..matang ker???hehe so teruskan dengan biskut yang lain pulak..


ni pulak biskut ikan terbang..aku la bagi nama kat biskut ni sebab aku pon xtau apa nama sebenar biskut niii..hehehe..ha ingat g tak?? bentuk dia macam ikan pon ada..macam kapal terbang pon ada kan?? so jadi la biskut ikan terbang..cewah memandai ja aku kan.....biskut ni pon dijual dalam tin berkaca macam kat atas 2..beli 5 kupang kat kedai AH..kedai runcit yang ada dekat dengan rumah aku..

sekarang tak tau la ada ke tak biskut ni...sebab da lama tak jumpa..ok next..hehehe..kat bawah ni pulak gula2 yang paling meletup masa aku kecik2 dulu..heee...gula2 kacang yang paling sedappppp..serius tak bohong...sedap sangat..bila makan gula2 ni mesti aku akan makan plastik yang balut gula2 nii dulu..heee .bukan plastik luar 2 yer..mau tercekik makan plastik luar dia 2..cari naas..sebenarnya bukanlah plastik..dia ada agar2 kot dalam 2..bila buka pembalut mesti ambik agar2 2 dan letak kat lidah..bukan rasa apa pon agar2 2..tapi seronok sebab agar2 tu kan cair atas lidah kan???lepas 2 baru la makan coklat dia..sedappp yum2..hehe..sekarang pon ada gula2 ni..tapi rasa dia da tak macam dulu..mungkin kecik2 dulu xada sangat makanan yang sedap macam sekarang ni.. so apa yang ada semuanya sedap bagi kami...kannnnnn

ni aku nak cita pulak mengenai gula-gula yang aku suka kecik2 dulu................hehehe..bila da jemu dengan gula2 kacang kami upgrade sikit dengan gula2 yang lebih moden..nampak tak kat bawah 2??pernah makan tak??


apa nama gula2 ni aku pon xingat jugak..hehehe..maklum la da meningkat dewasa nii..bukan tua yerr..gula2 ni masa aku kecik2 dulu susah jugak nak dapat..bila dapat 2 berebut pulak dengan adek2 aku..aku xsuka makan gula2 yang warna oren..aku bagi la adek aku makan yang oren 2..hehe..yang suka semua aku ambik..aku kakak so adek2 aku kena mengalah..heeee..gula2 ni diseliputi dengan tepung..kata aku la kecik2 dulu...sekarang bawu tau yang saluti gula2 ni adalah icing sugar or bahasa saintifiknya gula aising..cewah..spoking pulok..ok lah tangan da lenguh menaip ni..hehe..di bawah aku akan letak lagi gambar2 yang akan mengingatkan dengan nostalgia kanak2 kita.......wassalam






Sunday, 17 November 2013

KENANGAN BERSAMAMU TOK DAN TOK WAN

Ni la Tok Haji Awang Biduk Kalau x silap ejaan dia la..hehehe...beliau merupakan ayah kepada tok aku tersayang (HAJJAH CHE HAJJAR BT HAJI HUSSAIN @ AWANG) aku xingat bila aku penah main ngan tok nek aku nii...maybe aku kecik lagi kot masa 2..hehehhe..

Ha dalam Gambar ni pulak terselit 1 gambar arwah TOK kesayangan aku..nampak tak awek cun dalam pic 2???hehe..bergaya lagi kan?? memegang handbag LV ..haha..LV ker?? :P arwah lah yang paling aku rapat..beliau seorang yang penyayang..sanggup ja melayan kerenah cucu-cucu dia yang nakal ni..arwah xpenah lekang dek senyuman dan gelak ketawa..huhu.. sedih bila terkenangkan arwah.. :'( dulu masa aku selalu tidur umah beliau..nak dijadikan cerita..suatu hari 2 aku tertidor kt rumah tok aku..bila terjaga tengah malam aku kalut nak balik..rumah aku sebelah umah dia ja...takot pnya pasal lari pnya lari lari dan lari lari lagi..bapa banyak lari lak ehh...hehehe...aku boleh tak nampak tiang yang tersergam indah punya besar kt depan aku 2..apa lagi aku terlanggar la tiang 2..tergolek dan bergolek-goleklah aku masa 2, meraung-raung meminta petolongan (MAK ABAH SAKITTTTTTTTT......darah niiiiiiii)..amboi macam dramatis pulak citer aku nii...hehehe..kecoh 1 kampung kes aku langgar tiang 2..hehehe..maklumlah zaman dahulu kala mana ada lampu jalan, gelap katakan..hutan keliling kampung maunya aku tak takut..hehehe..giler sakit masa 2..smpai sekarang masih berbekas parut hasil aku belah tiang 2..hehehe..so tau lah kan kenapa kening belah kiri aku berparut..hehehe..so sudah dulu bab tok aku noh...eh rasanya citer aku yang banyak kat atas 2..hehehe..kesah pulak aku kan?? ok kita sambung pulak kisah tok wan aku................. :)
masih sedih bila teringatkan arwah tok wan aku (ISMAIL BIN SAM)..walaupon beliau garang tapi cucu-cucu dia tetap sayangkan dia..huhuhu..dia baru ja tinggalkan kami semua pada 8/11/2013..kepergian beliau sngat terasa..huhuhu..zaman kanak-kanak aku dulu selalu dibayangi dengan kenangan dimana tok wan aku akan ligan (kejar) aku dan sepupu-sepupu aku yang lain bila bermain waktu maghrib ayat yang dia selalu guna..xreti-reti nak balik rumah ka???da maghrib nii..sambil memegang sebilah kayu atau rotan yang dia boleh libas kami..hehehe mau kami semua tak takot..seram beb tengok muka dia..dari jauh nampak dia mai (datang) mesti kami akan bertempiaran lari..nak kena rotan ka nk balik duduk di rumah??hehe..dan yang paling kami takut adalah masa bermain mercun pada bulan puasa..kalau dia dengar kami main mercun mesti dia kan keluar marah-marah..kami mesti lari lintang pukang punya.hehehe..lepas 2 mula lah kami membebel kata semua tak boleh..ni tak boleh 2 tak boleh..kecik2 g mana la tau apa kan??fikir seronok ja..bila orang tua-tua marah mesti bersebab..depa (diorang) tak mau kami ni sakit..main mercun kan bahaya.sekarang ni kalau anak buah or budak-budak main mercun tau lak kita nak marah dan membebel kan??so macam 2 la tok wan aku rasa bila kami main dengan benda berbahaya...hehehe..nakal xnakal aku masa kecik..aku dan sepupu-sepupu aku akan sengaja membaling mercun di depan rumah tok wan aku..lepas 2 kami lari sembunyi dalam rumah masing-masing..tau pulak takot ..hehehe..jahat tak??biasa la kan budak-budak..lagi dilarang lagi la buat..tapi semua tu adalah kenangan yang tak akan aku dan sepupu sepapat (amboi sepupu sepapat 2 orang paham ke tak kan) yang lain tak akan lupakan..tok wan aku sentiasa akan kami sayang..sedekahkan al-fatihah kepada mereka semoga roh mereka akan tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin. kami sayang tok dan tok wan ...sedih plak.. :"(